fbpx

Pengalaman BJ turun padang buat kerja printing menjadi OPERATOR MESEN HP LATEX adalah sesuatu yang memberikan input untuk review kembali SOP. Sepanjang BJ memiliki mesen HP LATEX dari version 265 dan kini 365, ini lah kali pertama BJ handle mesen ini untuk susun artwork + Printing + Cutting.

Kenapa sampai jadi macam ni?

Dah takde pekerja ke nak buat?

Kenapa dari dulu tak buat sendiri?

Semenjak tahun 2013, selepas fasa perubahan pengurusan bisnes dan belajar ilmu leadership, BJ memang sudah ada team yang terlatih untuk melaksanakan proses percetakan.

Sebelum tahun 2013, semua kerja production BJ akan buat bersama team. Masa tu memang rasa sukar untuk percaya pada team handle mesin dan tempahan pelanggan. Kalau BJ dekat luar kedai, mesti BJ akan maklum staff supaya tunggu BJ balik baru boleh jalan order kecuali kerja-kerja fotostat dan tempahan asas yang lain.

Kenapa sampai jadi macam tu? Sebab masa tu BJ tidak belajar ilmu LEADERSHIP. Tak pandai memberikan kepercayaan kepada orang yang kita ambil sebagai pasukan kita. Sedangkan memang itu tugas dia. Takut mesen rosak pun satu hal. Hahahaha tak cerdik kan?

Masa tu BJ selalu marah staff kalau mereka buat kesilapan printing dan mengakibatkan mesen perlu diservice kalau ada problem. Adoooiiiii zalim giler.

Apabila BJ pergi ke sebuah Kursus usahawan masatu MASTER YOUR BUSINESS, haaaaa masa tu sentap gaiissss. Guru tu cakap, kenapa tak cuba leverage task tersebut. Lebih senang, TRAINING !!!!TRAINING !!!! TRAINING!!!!. Takkan mahir sesorang itu kalau kita tak train dia.

Dan satu lagi…. berikan kepercayaan kepada staff untuk uruskan kerja mereka.

 

Masa tu mulalah BJ mengorak langkah memperbetulkan keadaan.

Pada tahun 2014, BJ dipertemukan dengan Guru baru dalam LEADERSHIP. Haaaa… masa tu terus wujud job description yang lengkap serta SOP yang jelas setiap tugas.

Semenjak dari itulah BJ meletakkan tugas-tugas percetakan ini pada team BJ. Ada Ketua Departement Production dan ada team Production yang dibahagikan kepada 3,

1) Digital Printing Department.
2) Large Format Printing Department.
3) Finishing & Binding Department.

 

Semenjak PKP ini, team ini berubah buat sementara waktu. Disebabkan keperluan pelanggan dan penawaran perkhidmatan kami berubah. Bahan-bahan production pula disekat oleh pembekal sebab tidak boleh supply. Stok sticker terhad, stok tarpaulin 10 kaki tak dapat nak deliver oleh supplier dan banyak lagi.

Jadi, Team Production kami ubah jadual mereka. Kebetulan hari ini team Large Format tidak bertugas. Aaarrggghhhh sudah… pagi-pagi lagi team sales sudah dapat tempahan. 1000 pcs Sticker DISINFEKSI COVID 19 diperlukan oleh KONTRAKTOR JABATAN PERUMAHAN NEGARA.

 

https://youtu.be/ftPhys7brIQ

Hahahahah masa nilah BJ memberanikan diri untuk melaksanakan misi ini supaya tercapai.

Call dahulu team Production yang bercuti untuk ajar BJ uruskan printing ini secara VIDEO CALL.

Disebabkan mereka sudah cekap, amat mudah mereka memberikan tunjuk ajar kepada BJ. Alhamdulillah 1st time BRO… wa dah pandai print. Yeeehaaaaa

Gaaaiissss KESUKAAN ITU HANYA SEKETIKA GAIISSS….

Baru print 3 meter …. JENG!!!!! JENG !!!! JENG !!!!!

Sekali MESEN JEM!!!!! HEAD TERSANGKUT DEKAT MATERIAL!!! 😭😭😭😭😭😭

Adoiii… cepat-cepat BJ call staff. Akhirnya dia bantu secara VIDEO juga.

Tetapi !!!!!!! BJ telah membuat kerosakan kepada HEAD PRINTER😪 Maka…. kena tukar head bernilai RM350.00 rasanya (harga sebenar tak tahu) sebab team purchasing yang handle. Hahahahah.

 

Selepas tukar head printer. Mesen pun berjalan seperti biasa. Dengan bangga, BJ share lah kepada kawan-kawan printer. Sekali kena KUTUK gaiisss.

Hahahahaha
Sebab BJ jalan dengan salah setting. Akibatnya tempoh printing jadi lebih lama. Mereka ajar BJ tukar setting lain. Alhamdulillah dari tempoh printing 180 minit kepada 65 minit sahaja.

Tepat jam 6.30 petang siap cetak semuanya. Tempoh printing yang cepat.
Esok BJ akan potong dekat rumah.

Semasa PKP ini, inilah masa BJ mengulangkaji setiap task pekerja BJ selama ini. Ada banyak SOP task mereka yang perlu di tambah baik selepas ini. BJ akan bantu leader untuk training team mereka selepas ini bagi memperkukuhkan cara kerja yang lebih efektif.

Proses kerja hari ini BJ banyak belajar dari Team dan kawan-kawan. Terima Kasih team BJ. Terima Kasih pelanggan. Terima Kasih Sahabat. Semoga kisah & pengalaman ini menjadi sumber inspirasi buat kita semua. Walaupun BJ adalah CEO, namum tetap sekali-sekala kena turun padang menjadi operator.

Jika ada yang nak print sticker, bolehlah KLIK SINI yer …

Korang ada pengalaman begini? Jom share kat bawah yer…

Jadi, dimana hendak saya bertanyakan soalan lebih lanjut? Atau berhubung dengan FLEXISPRINT?

Anda boleh klik buton di bawah untuk berhubung dengan Team Sales FLEXISPRINT ⇓

Tempahan boleh di pos dan warga sekitar Shah Alam juga boleh self pickup di Flexisprint Seksyen 2 dan Seksyen 13 Shah Alam. Anda boleh semak harga di button ini.

Waktu operasi (PKPB) masih sama seperti hari biasa iaitu 9.30 pagi hingga 6.30 petang jika mahu walk-in. Kami juga komited dalam usaha sama-sama mengekang wabak pandemik Covid-19, jadi kedai Online kami juga beroperasi 24 jam di Flexisprint.my.

Kalau nak walk-in, alamatnya disini:
  • No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor
  • No 12, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Singgah, layari dan Follow kami di akaun-akaun ini! Promosi-promosi sticker kami tidak kurang hebat sambutannya disini:

🌸Facebook @Flexisprint

🌸Instagram @flexisprint

Kongsi Pandangan & Pendapat Anda
Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0